Terma

Di Mahsul Sejahtera, kami komited untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda mudah dan lancar. Sebelum anda meneruskan pembelian sila baca terma dan syarat-syarat kami terlebih dahulu. Sila pastikan anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi dan mengikuti terma dan syarat di bawah beserta polisi kerahsiaan kami.

Membuat pembelian

Di Mahsul Sejahtera, kami tidak akan membatal, mengubah atau menggabungkan pesanan yang dibuat secara berasingan dan yang sudah dibayar. Anda hendaklah pastikan barangan, warna, saiz, kuantiti dan alamat adalah tepat sebelum anda membuat pembayaran.

Pembayaran

Semua pembayaran hendaklah dibuat kepada Mahsul Sejahtera. Urusan pembayaran tak dikira lengkap selagi semua amaun pembayaran belum kami terima. Harga dan kadar penghantaran tertakluk kepada perubahan tanpa notis tetapi tidak akan mempengaruhi pesanan yang telah pun diterima oleh pihak kami.

Penghantaran

1   Sebaik sahaja anda membuat pembayaran kepada pesanan anda, kami akan menghantar mesej pengesahan penerimaan pesanan kepada anda melalui emel dan melalui komunikasi lain yang mudah bagi anda.

2   Selepas pesanan anda dihantar, kami akan menghantar maklumat jejak pesanan yang mengandungi ‘tracking number’ ke emel atau nombor telefon anda.

3   Apabila Pengesahan Pesanan dihantar ke emel atau nombor telefon anda, produk anda berada di bawah tanggungjawab pihak ketiga (pembekal servis penghantaran kurier) dan kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan pesanan anda jika bukti penghantaran dibekalkan. Sebarang aduan perlulah dibuat kepada pihak ketiga (pembekal servis penghantaran kurier) dan kami akan membantu usaha anda untuk mendapatkan ganti rugi (jika ada).

Pertukaran/pemulangan pesanan

1   Semua pemulangan pesanan mestilah dilakukan dalam keadaan barang MASIH DALAM KEADAAN BAIK.

2   Semua urusan pemulangan barang mestilah dihantar dalam masa 7 hari selepas anda menerima pesanan

 

3   Semua barang yang dipulangkan (termasuk barangan rosak) yang tidak mematuhi 2 peraturan di atas (1. & 2.) tidak akan diproses oleh kami.


 4   Pembeli mesti menanggung kos pengeposan barang yang dipulangkan kepada kami.

 Penggunaan laman web

Mahsul Sejahtera.my boleh memaparkan gambar, artikel, informasi, imej digital, teks, data, bancian, pertandingan, promosi, pengiklanan, logo, hakcipta dan apa jua bentuk konten* yang di rasakan menarik untuk pelanggan dan pengunjung kami. Konten ini boleh dipapar, dipindah, dikongsi dan disimpan oleh pelanggan dan pengunjung laman web kami. Bagaimanapun hak milik semua konten ini masih menjadi kepunyaan Mahsul Sejahtera. Dengan memuat turun atau menyimpan konten kami, ia tak bermaksud pelangan atau pengunjung mempunyai hak kepunyaan terhadap konten kami. Mahsul Sejahtera mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan kontennya tanpa kebenaran.